Thursday, December 24, 2009

SRK Pulau Gaya KK Sabah ....Pendakian Syukur.

Pengalaman berharga - Kesyukuran yang tinggi kepada Allah swt.

Setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan Islam, Jalan Universiti Petaling Jaya, Selangor sesi 1979 - 1980. Pengetua masa itu dan sekarang dipanggil Pengarah iaitu YAB Dato' Seri Dr Abdul Hamid Othman (Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) aku telah dihantar ke SMK LKTP Bukit Mendi Triang Pahang untuk praktikal tiga bulan, tuan pengetuanya pada masa itu ialah En Osman Tua.. dan sahabat guru yang masih diingati En Aminuddin Yusof sekarang Ketua Jabatan Teknologi di Institut Pendidikan Guru Tengku Mizan Besut. Pada tahun 1981 aku di tempatkan dan mula bertugas di SRK Pulau Gaya Sabah berhadapan bandar Kota Kinabalu, jarak 10 minit perjalanan bot, guru besarnya Tn Hj Idris Dakum (terima kasih cikgu..). Tahun 1983 aku telah berpindah ke SMJK'C All Saint School Likas Kota Kinabalu, pengetuanya Mr Teo Then Wah (yang banyak mengajar tentang ketegasan dalam bertugas dan sangat menjaga kebajikan guru, terima kasih..) guru yang kuat membantu dalam aktiviti keagamaan ialah Datin Seri Fatimah Ali isteri seorang menteri Sabah sekarang. Pada tahun 1987 aku balik ke semenanjung dan bertugas di SMK LKTP Jengka 21 Maran, pengetuanya En Osman Said (Al fatihah... sokongan naik pangkat) kawan seperjuangan waktu itu Pn Normah sekarang pengetua SMK Mengkarak Triang. Tahun 1988 naik pangkat bertukar ke SK LKTP Jengka 18, Maran sebagai penyelia petang TB'A, guru besar Rahman Jaafar dan Shamsudin Awang (banyak mengajar mengenai pentadbiran sekolah...). Pada tahun 1989 bertukar pula ke SK Maran sebagai GPK HEM, GPK Pentadbiran, guru besar waktu itu Tn Hj Shaari Othman (Pak saudara- tegas lembut.. al fatihah) dan guru besar yang lainnya seperti Tn Hj Ismail Baei, Tn HJ Musa Hassan, Tn Abdul Razak Mat Tam dan Tn Hj Abu Bakar Ahmad (terima kasih kepada semua guru besar itu ... memacu kejayaanku...) rakan baik cikgu Alias Samah sekarang GPK cemerlang di SK Luit. Hujung tahun 1995 aku mula bertugas sebagai guru besar di SK Paya Pasir Maran (terima kasih kepada Tn Hj Yusof Osman - PPD Maran dan mantan KS SPPK JPN Pahang kerana bagi peluang jadi guru besar) teringat nasi lemak kedai Mak Cu sedap hadapan simpang sekolah. Tahun 1997 bertukar sebagai guru besar SK Mempaga 1 Bentong, anak buah sekarang dah jadi kawan baik ialah Cikgu Kadir Ali taukeh rantaian restauran NAJTH. Tahun 1998 sebagai guru besar di SK Jengka 24 Jerantut, kawan baik En Remi Pengerusi JKKR... al Fatihah... yang sama-sama peneraju bersama PIBG sekolah membuat projek tanaman sawit sejumlah 209 pokok baka PPTR yang sekarang mengeluarkan hasil untuk sekolah... terima kasih juga kepada bekas pengurus En Yahya Janal, Hj Yunus dan Ahli Parlimen Jerantut dan ADUN Pulau Tawar yang sentiasa memberi sokongan padu. Tahun 2003 bertugas pula di Pejabat Pelajaran Daerah Bentong, terima kasih kepada Tn Hj Azimuddin Md Isa tempat rujuk dan Tn Hj Amirullah Bidin kedua-dua pegawai yang dedikasi. Pada akhir 2008 telah bertukar ke tempat sekarang. Itulah perjalanan dan pengalaman yang barangkali dapat diterjemahkan dengan attitude, skills, mahu pun knowledge. Hanya Allah swt yang mengatur dan mentaqdirkan semuanya,... tadbir tidak boleh mengatasi taqdir.

Friday, December 18, 2009

Selamat Menyambut Maal hijrah

KEPADA SEMUA WARGA SPI, JPNP, TEMAN-TEMAN DAN SAHABAT HANDAI.. PPD BENTONG, GPI-GPI SELURUH NEGERI PAHANG DAN SESIAPA YANG MENGENALI SAYA...

Wednesday, December 16, 2009

2009 pergi..2010 datang...

Sedar tak sedar dari saat berganti minit, jam berganti hari, hari berganti minggu,minggu berganti bulan dan bulan bertukar tahun. Begitulah lumrah alam dan ketentuan Allah. Terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Sedar atau tidak sudah beberapa hari lagi genaplah setahun saya bertugas di SPI JPNP. Dalam kesibukan tugas harian kita tidak sedar masa berlalu. 2009 perlahan-lahan meninggalkan kita. Ada pepatah arab yang bermaksud: "masa itu umpama pedang. Sekiranya kamu tidak menggunanya untuk memotong maka ia akan memotong kamu". Demikian juga firman Allah dalam surah al asr yang bermaksud : Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal solih... Betapa pentingnya masa dan sering di tekankan oleh Allah tentang masa. Bila saat begini baru kita mula menghitung masa. Apakah perkara yang manfaat yang telah aku lalui sepanjang tahun yang mengandungi 12 bulan itu? Berapa banyak aset yang dapat dikumpul? kalau aset dalam bentuk material (duniawi) senang di hitung. Aset dalam bentuk amal, jariah yang sangat subjektif untuk dinilai dan diukur... Mudah-mudahan ada juga aset ukhrawi yang dinilai oleh Allah dari aku hambanya ini..amin.
Beberapa hari lagi 2010 datang lagi. Kita sibuk menyiapkan perancang 2010. Adakah di muhasabah perkara yang berlaku sepanjang 2009? Mudah-mudahan 2010 lebih baik dari 2009. Itulah harapan.. sekian wallahu waalam.

Monday, December 7, 2009

Kursus Guru Besar SAR KAFA 2009

Sektor Pendidikan Islam, Unit IPA. JPN Pahang, telah mengadakan Kursus Kewangan dan Pentadbiran Guru Besar, yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Temerloh pada 6 hingga 8 Disember 2009. Seramai 60 peserta dari daerah Temerloh, Maran, Chenor dan Bera telah menghadiri kursus tersebut. Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan semasa kursus. Kertas kerja pertama iaitu bertajuk Pengurusan Pentadbiran yang telah disampaikan oleh En Abdul Jamil bin Mohd Salleh, Pegawai Eksekutif Tinggi Unit Perkhidmatan JPN Pahang, manakala kertas kerja kedua pula mengenai Pengurusan Kewangan Sekolah yang telah disampaikan oleh Pn Norfizah binti Badrin Ketua Pembantu Tadbir Unit Pembangunan JPN Pahang, Begitu juga En Zaharudin bin Zakaria dari JAIP Pekan, telah menyampaikan kertas kerjanya bertajuk Pengurusan SAR KAFA, kertas kerja keempat telah disampaikan oleh saya sendiri bertajuk Memperkasa SAR KAFA Negeri Pahang bagi guru besar-guru besar SAR KAFA Negeri Pahang. Hari pertama ucap utama telah disampaikan oleh Tuan Hj Mohamed bin Awang Nit, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, JPN Pahang dan pada majlis penutup akan dirasmikan oleh Tuan Hj Ahmad Hamizi bin Abu Hasan Ketua Unit Operasi Dakwah Sektor Pendidikan Pahang JPN Pahang. Menurut Pengurus Projek kursus tersebut En Rofai bin Mokhtar Unit IPA SPI JPN Pahang dan juga En Naawi bin Samah Unit Operasi Dakwah dan Noorasidah binti Said Pegawai Tadbir N41 urusetia. Syabas......dan tahniah.

Sunday, November 29, 2009

Sembang Pendidikan ... part 4

Mamahami Kepimpinan
Biasanya orang percaya ciri-ciri kepimpinan adalah sesuatu yang stabil, iaitu tidak berubah-ubah, dalam erti kata semua pemimpin, baik para pemimpin pada zaman dahulu mahu pun pemimpin zaman sekarang, semuanya mempunyai ciri peribadi yang serupa. Begitu juga, tanpa mengira bangsa dan negara, semua pemimpin mempunyai ciri yang sama juga, malah ciri-ciri mereka juga serupa sahaja baik dalam bidang apa meraka itu menjadi peminpin. Adakah ini benar? Sekiranya benar, apakah ciri-ciri itu? Betulkah para pemimpin mempunyai ciri-ciri peribadi yang menyebabkan mereka itu tidak serupa dengan individu-individu biasa? Kajian-kajian pakar cuma menjumpai dua jenis ciri yang nampaknya konsisten ada pada para pemimpin. Pertama, tubuh badan para pemimpin adalah lebih tinggi sedikit daripada purata tubuh badan para pengikut mereka. Kedua, mereka mempunyai kepintaran yang lebih tinggi sedikit daripada kebanyakan individu yang mereka pimpin. Kajian-kajian terbaru mendapati ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat aspek-aspek yang berbeza di antara ciri-ciri pemimpin dan mereka yang dipimpin... menurut Ainon Mohd dalam bukunya Teori & Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi Di Tempat Kerja.

Thursday, November 26, 2009

Aidiladha.. Raya Korban... Raya Haji

Aidiladha atau Hari Raya Korban yang akan disambut esok 27 November 2009 bersamaan Jumaat, menjadi antara hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijjah mengikut takwim Hijrah. Ia juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat itu , jutaan umat Islam yang datang dari seluruh pelosok dunia berkumpul di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan bagi umat Islam yang cukup syarat dan berkuasa atau berkemampuan untuk menuju ke sana menunai haji. Sebagai menyahut seruan Allah dalam firmanNya yang bermaksud " Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah" .. al Baqarah ayat 196. Selepas solat Aidiladha, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim as mengorbankan anak baginda, Nabi Ismail as demi kepatuhan dan ketaatan terhadap perintah Allah. Hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muaakad (yang sangat dituntut) bagi orang Islam yang mampu, dan wajib bagi orang yang bernazar. Allah mensyariatkan waktu untuk menyembelih melakukan ibadah korban ialah selepas naik matahari pada hari raya korban kira-kira selepas kadar cukup masa untuk sembahyang dua rakaat dan dua khutbah. Ia berakhir apabila terbenam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah... Semoga peristiwa korban mengajar kita taat beriman kepada perintah Allah, menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah dan berserah kepadaNya.

Tuesday, November 24, 2009

PEKDIS.... di Hotel Concorde Inn KLIA Sepang

Hari ini telah mencatat sejarah aku datang sekali lagi ke daerah Sepang KLIA ini jalan menuju ke Lapangan Terbang KLIA Sepang, setelah lama tidak berkunjung pada kali pertama tahun 2003 kerana menghadiri kursus khas GPI peringkat kebangsaan.. sebagai fesi kebangsaan kursus khas. Tapi pada kali ini hadir kerana Mesyuarat Tahunan Perwakilan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah yang dipanggil (PEKDIS) Sekolah-Sekolah Malaysia kali ke lima 2009. Setiap negeri dikehendaki menghantar seramai sepuluh orang perwakilan. Aku setelah zohor bertolak dari rumah dan singgah sebentar di gerai makan di tepi jalan sebelum sampai tol Gombak dan mengeteh secawan, kebetulan bertemu pula dengan beberapa orang perwakilan Pahang sama-sama singgah dan mereka singgah makan dan menunaikan solat zohor. Setelah sejam lebih kurang menunggu Tn Hj Ishak Mat Bakar PPD Temerloh pun sampai yang kebetulan hujan lebat. Apabila hujan mula reda kami dengan tiga buah kereta pun meneruskan perjalanan, jauh juga rupanya..lupa dah jalan.. nasib baik juga ada member kalau tidak.. dapat buah langsat lagilah, jam 5.00 petang lebih kami pun sampai di Hotel Concorde Inn KLIA Sepang, hotel yang dikelilingi dengan pokok kelapa sawit cantik...aku macam biasa sebilik dengan haji Sohok.. esok mesyuarat dijangka selesai pada jam 12.30 tengahari..

Saturday, November 21, 2009

Murid Tahun 6 Khatam Al Quran...Sekolah Pahang

Program j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Bahagian Pendidikan Islam.. berhasrat untuk melahirkan murid bermula dari sekolah rendah khatam al-Quran setelah tamat tahun 6. Ianya mencakupi Bahasa Arab yang diwajibkan, asas-asas fardu ain dihayati dan jawi diperkukuhkan. Program ini juga merupakan usaha untuk memperkasakan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah rendah. Ianya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2005 sehingga program j-QAF ini terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010. Baru-baru ini sebelum cuti persekolahan bermula adalah difahamkan seluruh daerah negeri Pahang, melalui Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing telah mengadakan majlis khatam al-Quran bagi murid tahun enam yang telah khatam al-Quran sepenuhnya. Menurut Tn Hj Ishak bin Mat Bakar Penyelia Kanan Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh seramai 400 orang murid yang melibatkan 50 buah sekolah rendah mengambil bahagian pada Majlis Khatam al-Quran yang diadakan di Masjid Abu Bakar Temerloh Khamis lalu. Manakala Che Hamid Safii wakil Pegawai Pelajaran Daerah Bera pula berkata seramai 197 orang murid tahun enam dari 22 buah sekolah daerah ini juga telah diraikan pada majlis seumpama itu. Difahamkan Sektor Pendidikan Islam, Unit Operasi Dakwah juga akan terus memberi kerjasama serta galakan berterusan lagi menyeluruh dari segi pegurusan penyelarasan di daerah dan juga sedikit peruntukan pembiayaan bagi tujuan menjayakan program tersebut secara holistik. Rata-rata guru yang hadir pada majlis tersebut, menyatakan program ini sangat baik malah ia patut dijadikan amalan untuk kecemerlangan murid dalam menghayati kelebihan al-Quran sebagai mukjizat dan sebagai pegangan hidup umat Islam. Kerjasama semua pihak terutama ibubapa adalah diharapkan. Syabas tahniah kepada semua Guru Besar..

Wednesday, November 18, 2009

SPM Bermula Hari Ini.. Rafiuddin Izzat

Syukur Alhamdulillah..., Peperiksaan SPM bermulalah hari ini. Mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran Sejarah. Segala usaha dan kesungguhan pelajar belajar selama dua tahun persediaan SPM telah dilakukan. Guru-guru telah sedaya upaya mengajar dan membimbing dengan mengadakan bermacam-macam aktiviti kecemerlangan dan motivasi untuk memastikan pelajar mereka mendapat kejayaan yang terbaik dalam SPM. Para pelajar juga sudah tentunya telah mengambil kesempatan dan telah belajar dengan baik, semoga segala usaha selama ini tidak akan menjadi sia-sia. Ibubapa, Guru, PIBG, PPD dan Jabatan Pelajaran turut bersama mengharapkan kejayaan buat pelajar semua. Pesan kepada anakku mulakan untuk menjawab peperiksaan dengan membaca kalimah Basmalah, kalimah yang mulia, doa dan berserah kepada Allah ... insyaallah. Rafiuddin Izzat anak bongsu aku seperti biasa pagi-pagi setelah sembahyang subuh terus dengan motorsikal abangnya membeli nasi lemak kesukaan untuk minum pagi. Risau tu ada juga sebab beliau selalu sakit perut semasa belajar.. hanya berserah kepada ketentuan Ilahi. Setelah bersalam cium dengan keredhaan ibubapa .. moga-moga keselamatan anakku di dalam penjagaanMu jua... terus berjalan kaki menuju ke sekolah yang tidak jauh dari rumah dan aku juga ingin mengambil kesempatan di sini mendoakan agar kesihatan YH Dato' Hj Abdul Aziz bin Hj Abdul Latif, Pengarah Pelajaran Pahang kesayangan, cepat sembuh dan bertambah baik dan bertugas seperti biasa setelah dimasukkan ke Hospital Kuantan dua hari yang lepas.

Sunday, November 8, 2009

Atan Lebak .....dah Kahwin!

Syukur Alhamdulillah.... dalam keluarga sembilan adik beradik, enam lelaki dan tiga perempuan semua kelahiran kampung Lebak Seberang. Pernah juga keluarga aku pada tahun awal 70'n tinggal di kampung Pantai Chenor Seberang, Chenor dan bersekolah di sana. Ayahanda memang keluarganya orang sana. Setelah berpindah ke Temerloh di kampung Lebak Seberang kerana emak orang lebak maka sehingga sekarang kalau hujung minggu atau masa cuti sekolah semua akan belik ke Lebak. Dalam keluarga yang besar ini semuanya telah berkeluarga dan mempunyai anak dan akulah anak yang tua dan anak aku tiga telah bekerja dan seorang masih bersekolah di tingkatan lima di Bentong . Pasal Atan ini.... adik yang bongsu kahwin dan ianya anak lelaki ke empat yang payah nak kawin sehingga terlajak umur 38 tahun..(isterinya 20 tahun), bukan tidak ada yang mahu tapi memilih. Dalam keluarga dah macam-macam nasihat dan bertoseh suruh kahwin tapi tak nak semata.. biar dulu..nanti dulu.. tapi pada tahun lepas tahun 2008 semasa nak raya puasa keluar sepatah... koi rasa nak kahwinlah boleh? .. awak tan biar betul .. kata dek abang Da..nya. Setelah bertunang setahun maka pada hari semalam 7 November 2009 bersamaan hari Sabtu tepat jam 12.30 tgh, bertempat di rumah pak mentuanya Sudin Siah di kampung Lebak Seberang, telah berlangsunglah majlis ijab dan kabulnya. Dalam keluarga Mohd Yunus ini empat orang anaknya dapat jodoh dan berkahwin saudara maranya sekampung. Berarak kehulu dan berarak kehilir... mudah je, terutama raya-raya pasti ada balik kampung semua. Lepas sahaja majlis selesai sempat juga berpesan pada Atan adik jantan sekor ini... jaga anak orang tu elok-elok.. dan tahniah dapat bini cantik. Jadinya ayahanda barcadang dan menjemut semua sanak saudara di Lebak dan di Chenor atau di mana pun hadir dan rakan sahabat semua, ke majlis menyambut menantu di rumah ayahanda kami di kampung Lebak Seberang pada Ahad ini bersamaan 15 November 2009 bermula jam 11.30 tengahari hingga 3.00 petang.... kesah Atan @ nama betulnya Nazeri.. semoga bahagia selamanya..amin

Wednesday, November 4, 2009

Bengkel Penulisan Dakwah ..di Hotel Seri Malaysia Temerloh

Wow..... agak lega dan seronok juga apabila program yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan baik dan penuh komitmen dari 31 orang rakan bengkel seluruh negeri Pahang. Walaupun masanya terlalu pendek dan singkat namun tugas yang diamanahkan kepada mereka dapat juga dibereskan. Antara perkara yang dibengkelkan ialah Penulisan Khutbah Jumaat yang mengandungi tajuk seperti Perayaan Hari Guru, Peperiksaan dan Persediaan pelajar untuk menghadapi masa cuti persekolahan. Manakala Penulisan Dakwah Kerohanian Pelajar Asrama sekolah-sekolah pula seperti amalan harian ibadah mereka turut diutamakan dan disiapkan, serta juga menyusun penulisan takirah pelajar. Tarikh 3 & 4 November 2009 terlalu pendek dan memanglah tidak mencukupi dan bengkel pemurnian perlu diadakan pada masa terdekat ini. Dalam program ini juga kami sempat bersolat jemaah dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Tn Hj Aris Hazlan Ismail dari SK Sulaiman, Bentong yang juga peserta bengkel. Tahniah kepada Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Pahang.... syabas. Jam 2.00 petang kami berlepas pulang..

Wednesday, October 21, 2009

Pasang Banting Intan Terpilih ,,

Macam biasalah apabila berlaku penganjuran pesta, kem, atau aktiviti jabatan, maka persiapan rapi kenalah disediakan seawal mungkin. Begitu juga semua jawatakuasa yang terlantik akan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan tugas masing-masing. Pada hari Ahad baru-baru ini setelah memaklumkan kepada kawan setugas us Barawi dan us Ju Zamri supaya datang jam 5.00 petang dan berkumpul di kedai roti canai, di hadapan simpang Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan untuk tugas memasang 21 set/helai banting. Setelah selesai minum kami pun memulakan memasang banting, bermula dari jalan besar masuk simpang menghala ke lapangan terbang dan terus ke tapak Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Jabatan Pelajaran. Negeri Pahang telah dipilih sebagai tuan rumah bagi mengelolakan Kem Intah Terpilih dan Permata Gemilang Sekolah-Sekolah SMKA, SABK dan KAA Peringkat Zon Timur tahun 2009, Pahang, Kelantan dan Trengganu. Tahniah seramai 180 peserta hadir mengikuti kem tersebut yang bermula pada 19 Oktober 2009 dan berakhir pada hari ini yang di rasmi penutup oleh Ketua Sektor Pemgurusan Sekolah JPN Pahang. Syukur semua berjalan lancar.. tahniah unit IPPA. cayalu ustad tan

Ruangan Sembang Pendidikan ..part 3

Antara Sakhsiah Guru

1. Guru-guru - Guru-guru adalah merujuk kepada semua guru yang berada di sekolah, yang di lantik oleh unit perkhidmatan perkhidmatan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Pengetahuan - Kamus Dewan ,(2004, ed. II ) mentakrifkan pengetahuan sebagai perihal atau mengetahui sehingga melahirkan kepandaian dan kebijaksanaan dalam sesuatu perkara. a) ini merujuk kepada pengetahuan asas guru terhadap profesion.(b) Ia juga merujuk kepada pengetahuan guru yang berfokus dan pelbagai dalam aplikasi inernet

3. Kemahiran - Kemahiran adalah sesuatu kecekapan serta kepandaian melakukan sesuatu pekerjaan ( Kamus Dewan, 2004).a). Merujuk kepada kecekapan serta gerak kerja dalam pengurusan tujuan pengajaran dan pembelajaran. b). Ia juga meliputi kemahiran menggunakan kemudahan dan pelbagai perkhidmatan-perkhidmatan yang ada.

4. Sikap - Sharifah (1983), mentafsirkan sikap sebagai keadaan dimana seseorang individu itu dipengaruhi untuk bertindak secara positif dan negatif terhadap orang lain, idea atau sesuatu kejadian. a). Sikap terbentuk daripada keinginan peribadi dan rangsangan kumpulan. b). Sikap difokuskan kepada minat, tahap penggunaan, dan pengetahuan guru-guru. c). Sikap berkomunikasi yang berkesan dan pusat pertanyaan yang cepat.

5. Perkhidmatan - Kamus Dewan (2004), mendefinisikan perkhidmatan sebagai perihal berkhidmat atau kerja (usaha, kemudahan, dan lain-lain lagi) untuk kebajikan (keperluan, kepentingan, keselesaan orang ramai dan lain-lain lagi).

Sunday, October 18, 2009

Mesyuarat Agung PEKDIS Pahang

Alhamdulillah dan syabas PEKDIS Cawangan Negeri Pahang telah dapat mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke 3/2009nya di Hotel Seri Malaysia Temerloh baru-baru ini dengan jayanya dan telah dapat merealisasikan kehendak pusat dan ahli, agar pertubuhan ini bergerak dengan lebih aktif dalam penganjuran aktivitinya. Yang lebih pastinya bagaimana untuk menarik perhatian guru-guru Pendidikan Islam untuk menjadi ahli secara menyeluruh. Kerjasama melalui kesedaran semua pihak seharusnya menjadi keutamaan jika sekiranya mahukan PEKDIS yang berusia semuda ini menjadi kuat dan disegani. Diperingkat pusat, negeri, dan cawangan kenalah bekerja dengan lebih keras lagi untuk terus meyakinkan guru Pendidikan Islam menyertai dengan menjadi ahli. Penjelasan yang holistik dan bermaklumat perlulah disebar luaskan kepada GPI di seluruh Pahang dengan bersungguh-sungguh, penuh keikhlasan tanpa berdolak dalik lagi. Saya menyeru agar soal bayaran yang dikenakan tidak menjadi isu besar atau perkara yang boleh melemahkan kita, seterusnya menggagalkan cita-cita murni orang terdahulu yang telah banyak berjasa dan memperjuangkannya. Tanpa mengira masa, wang ringgit dan buah fikiran mereka demi kebajikan ahli. Usah persoalkan sangat perkara remeh temeh yang membelengu diri yang boleh membawa kepada rugi dan kecewa kepada generasi GPI pada masa akan datang. "Jika sekiranya setiap (lebih/kurang) 60,000 GPI seluruh negara dapat menfaatkan bayaran kebajikan mereka sebanyak RM50.00 setahun kepada PEKDIS".. menurut Abdullah Mad Din, Timbalan Pengarah Operasi Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam KPM semasa merasmikan mesyuarat agung tersebut, dan ... "dah berapa jumlahnya yang kita ada". Kita telah ada tabungan yang besar yang sudah tentunya boleh digunakan untuk kebajikan ahli dalam apa sahaja situasi dan keadaan.

Monday, September 21, 2009

Beraya di Lebak Seberang

Hari raya datang lagi. Bagi aku seperti biasa kesempurna puasa aku dan keluarga sebulan bulan ramadan telah tertunai sudah, sebagai kewajiban tuntutan agama. Selepas sahaja solat hari raya di Masjid Ketari, Bentong (Sejak dahulu lagi dimana aku duduk di pagi raya mesti bersolat raya dahulu di masjid di tempat aku duduk) aku sekeluarga pun bertolak pulang dan lebih kurang jam 11.00 pagi tiba di kampung, 45 minit dari Bentong. Di rumah ayah di kampung adik-adik telah pun berkumpul dan ada yang tidur beradu semalaman, yang balik awal pada petang raya dan membakar lemang. Suasana meriah anak beranak menjamu selera kuih muih, lemang rendang dan ketupat nasi impit... seperti biasalah dalam jumlah lebih kurang lima puluh orang ahli keluarga, sudah tentu suasana riuh rendah bagai gegak gempita berlaku. Bayangkan sembilan adik beradik masing-masing dah mempunyai anak, yang bercucu hanyalah aku. Syukur keluarga besar berkumpul di hariraya masih meriah, yang paling lega tersenyum ialah ayahanda kesayangan. Selepas solat zohor kami ke kubur yang tidak jauh dari rumah, membaca yasin dan bertahlil. Lepas maghrib aku pun balik Bentong. Binatang peliharaan anak lelaki aku yang tingkatan lima seperti kucing, kura-kura dan beruk peliharaan anak-anak aku sedang menuggu pulang - kelaparan.

Friday, September 18, 2009

Ketua Sektor.. dan semua di SPI, JPNP

Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin, semoga tuan sekeluarga beroleh ceria dan bahagia di hari raya. Tak balik Teluk Iira ke tuan? saya raya pertama lepas solat raya terus balik Lebak Seberang dan malam raya di Bentong pula. Kepada pegawai dan semua warga SPI, saya sekeluarga juga dengan rasa rendah diri, sepuluh jari mengucapkan selamat raya maaf zahir batin. Salah silap harap dimaafi. Semoga semua diberi keberkatan dan keampunan.

Tuesday, September 8, 2009

Dari Jelu ke Putra Jaya... Pekan Minggu Raub

Pekan Minggu Raub atau di panggil juga pekan sari (Pekan Sehari) diadakan pada hujung minggu setiap hari Ahad. Ianya terletak di hadapan Rumah Rehat Bandar Raub, cukup selesa kerana tapak pekan sari tersebut bersih, tersusun elok, mudah untuk bergerak ke satu baris ke satu baris yang lain bagi mendapatkan barangan yang hendak dibeli. Saya macam biasalah pada pagi Ahad lalu bersama mem besau pergi ke Pekan Sari Raub untuk mencari makanan kampung kesukaan. Perjalanan sejauh lebih kurang 20 minit dari bandar Bentong . Di Pekan Sari Raub yang bagaikan temasya jualan hasil kampung itu, banyak sekali menjual hasil-hasil kampung yang dibawa oleh penduduk sekitar bandar Raub mahu pun yang jauh tinggal di kampung. Meraka berpagi-pagi lagi tiba lantas membuka ruang dan meletakkan barang yang hendak dijual. Setelah satu pusingan berlalu dan telah dapat satu dua barang yang dibeli, pergerakan kami tidak lagi terhenti di situ. Kami terus menapak mencari sayur-sayur seperti pucuk maman, rebung jeruk, batang keladi (orang lelaki jangan selalu sangat makan masalah kesihatan.. kata orang), sedikit daging /tulang, ikan, (ikan kelah RM60.00 sekilo .. oklah tu) , buah salak dan macam-macam lagi. Kalau diikutkan semua hendak dibeli. Apabila sampai ke satu makcik tu dia sebuk bercerita yang dia ni datang jauh dari Jelu, "susah nak datang kenderaan awam tidak ada, naik kereta sapu aje, gemana mok cik nak bawak barang yang banyak gini. Jarak ke bandar Raub ini lebih empat kilometer". Setelah membayar harga lada kami pun berlalu, tidak lama kemudian dalam memerhati apa lagi yang berkenan di hati, kami terserempak dengan seorang pegawai yang bertugas di Putra Jaya bersama isterinya yang datang jauh, sedang membeli telur ayam kampung kesukaannya dua sarang. Setelah bertanya khabar kami pun beredar. Begitulah sedikit cerita mengenai suasana di Pekan Sari Raub yang sentiasa dikunjungi ramai orang, baik yang dekat mahu pun yang jauh..

Monday, September 7, 2009

HIKMAH MAKANAN DALAM ISLAM

1. Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
2. Jintan Manis (anisun) Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
3. Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
4. Asparagus (hiyawn) Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
5. Pisang (mawz) Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
6. Barli (sya'ir) Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
7. Selasih (manis rayhan) Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
8. Mentega (zubdah) Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
9. Bunga kubis (qunnabit) Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
10. Chamomile (babunaj) Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing! . Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
11. Lobak merah Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
12. Biji kopi (qahwah) Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
13. Biji hitam (habb al sauda) Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah habb al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
14. Ayam (dajaj) Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam kampung betina yang belum bertelur.
15. Kulit kayu manis (darchini) Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
16. Limau Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
17. Timun (qitta') Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
18. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
19. Tamar kering (tamr) Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
20. Terung (badhijan) Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
21. Telur (baydah) Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau separuh masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

Friday, September 4, 2009

...Siri akhir.... "Rahsia Kurma" Selain enak, kurma juga mengandugi ubat.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah Al Mukminun ayat 19 (juzu' 18) "Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (korma) dan anggur. Kemu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai-bagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu." Diriwayat oleh Aishah r.a yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat ."Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan". Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam mengegar pohon korma lantas memakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit. Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim. Memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa penyakit.

Wednesday, August 26, 2009

Rahsia Kurma Membantu Penghadaman .. sambungan..

Siri yang lalu kita telah mengetahui pengenalan dan kelebihan buah kurma. Pada kali akan melihat selayang pandang mengenai "Kurma membantu proses penghadaman". Kurma bukan sekadar elok dimakan dalam bulan Ramadan kerana ia kaya dengan serat yang memang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. "Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellent source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit" katanya. Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan.
...... bersambung.

Monday, August 24, 2009

Kelebihan buah kurma


Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. " Antaranya kurma kaya protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian sepert besi, kalsium, sodium dan potasium" menurut Profesor Madya Asiah Mohd Zain, Pensyarah di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia. Terdapat 120 varieti yang terbahagi kepada tiga jenis, lembut atau lembap, sederhana atau keras serta jenis kering.
Pengelasan jenis buah adalah mengikut kandungan gula dan air di dalamnya. Selain kurma, buah ini juga dikenali dengan nama-nama lain menurut tahap kematangan. Buah masak ranum atau pada peringkat usia buah 29 minggu dikenali sebagai tamar. Pada peringkat 25 minggu dipanggil rotab dan pada usia 19 minggu digelar khalal.
Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: " Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. "Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam ".
Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau terawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbonhidrat, tanpa tenaga serta merta menjadi penyebab selesai makan , mata pun mengantuk" jelasnya.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kendungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semula jadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta merta. " Sebaliknya gula di dalam kebanyakkan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa menggunakan sukrosa tidak bolah menyerap terus dalam tubuh.
Ia terpaksa dipecahkan dulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga,"jelasnya lagi.......
...bersambung akan datang "kurma membantu proses penghadaman"..

Sunday, August 23, 2009

...di Pasar Bentong nenek bertudung speaking..wow

Pagi sabtu semalam seperti biasalah saya pergi pasar Bentong selepas membeli surat khabar kesukaan BH dan sinar harian, maka teruslah dari satu gerai ke satu gerai untuk melihat-lihat kalau-kalau bertemu sayur-sayur kampung atau pun ikan pating sangkar sungai Temerloh yang dijual. Setelah membeli seikat petai, jantung pisang kenit, lada kampung, daun busuk untuk masak tom yam dan dua ekor pating kerat dua belah kepala, saya terus melangkah setelah terserempak En Naser JPN bersama mem.... sebaik sahaja menoleh tiba-tiba di hadapan saya ada seorang nenek yang sedang asyik berborak-borak dengan seorang wanita cina yang sebaya dengan nenek itu. Saya amati perbualan mereka, ternyata masing-masing kawan baik yang sudah lama tidak bertemu sedang bertanya khabar begitu mesra, berbahasa yang fasih, sopan santun penuh dengan senyuman saling hormat menghormati antara ke duanya... dalam hati saya rupanya orang dulu atau orang lama-lama memang telah menguasai dan mengamalkan bahasa inggeris dalam perbualan harian mereka.... saya bangga tapi saya.....

Friday, August 21, 2009

selamat berpuasa...


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK BUAT RODONG-RODONG DAN TEMAN-TEMAN SEMUA. SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERERTI
سلامت ميمبوت بولن رمضان المبارك
Ingatan ikhlas dari kami sekeluarga....

Wednesday, August 19, 2009

Sesat "..buah langsat.."

Dulu datang ke cititel pada 17 Ogos Isnin ok je walaupun cemas, sampai masa nak pulang pada petang tadi 19 Ogos keluar sahaja dari hotel terus ambil jalan hadapan, beberapa lampu trfik dah aku lalui namun tak nampak-nampak jalan menunjuk arah Kuantan aku terus sahaja membelok ke Pudu Raya harap-harap dapat punca setelah berpatah balik menyusur jalan pudu tadi tak jauh ternampak arah ke Kuantan dan terus mengambil arah tersebut, malangnya terlajak juga terus menghala tasik titiwagsa jalan punya jalan berpusing-pusing jalan parlimen dah nampak jalan arah gombak tiba-tiba tersalah lagi terlencong naik flyover arah kanan jalan duke, hati makin kacau mulut meracau tiba-tiba nampak arah lencong kiri Kuantan Gombak, hati lega setelah Sentol Pelaza dan tol ku tinggalkan maka nampaklah arah Kuantan, lebih kurang setengah jam rehat dan setelah habis sejuring buah jambu batu yang aku beli dari gerai payung mamak di tepi stesen Petronas, aku pun mula menggerakkan kereta masuk tol gombak dan keluar tol Bentong setelah itu aku membelok ke kanan dan sempat mengeteh di restauran najath. Sampai di rumah jam 6.15 petang. Itulah cerita mencari jalan tak semena-mena dapat buah langsat.

Monday, August 17, 2009

Bengkel Pembinaan Modul latih tubi skor A

Hari ni awal2 lagi banyak sms dan call yang bertalu-talu datang dari rodong2 di JPN yang menanyakan aku kemana pergi tak ada di pejabat. Sebenarnya aku kena menghadiri bengkel pembinaan modul latih tubi skor A spm dan stpm di cititel express Kuala Lumpur ni. Emm sebagaimana biasa aku redah je mencari cititel ni. Lokasinya di sekitar Chowkit road. petandanya ada supermarket Batu road tu! hah dekat situ lah. Semasa aku baru memasuki bandaraya KL tadi hujan lebat jugak. Hai suspen juga dengan banjir kilat ni.. tambahan pulak hari ini aku hanya memandu anak sang kancil saja. Semasa aku tiba dilobi hotel tu aku tertinjau-tinjau gak kut ada rodong untuk dijadikan teman sebilik. Tak nampak kelibat yang biasa sangat. Akhirnya ternampak jugak che Mohd Fauzi Haron dari Bera. Maka dialah teman sebilik aku..
Nampaknya bengkel ni bermula hari ini (17/08/09) dan berakhir 19/08/09. Beberapa hari selepas tu puase la pulak... mm nampaknya syaaban beransur menghilang dan ramadhan akan tiba. Akhirnya ini saja coretan aku pada malam ini. Malam yang masih muda ini..catatan dari cititel express KL...

Wednesday, August 12, 2009

Konvokesyen UPSI DAN AKU...



TUANKU Bainun menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sempena konvokesyen UPSI, semalam.
Semalam merupakan hari yang bersejarah buat diri aku. Setelah sekian lama bertungkus lumus akhirnya berjaya juga memegang segolong ijazah. Namun tak sempat lagi untuk aku memuatkan gambar-gambar sepanjang konvokesyen aku tuh..
Tuanku Bainun mahu UPSI kekal kualiti ( Dipetik dari
berita harian)
TANJUNG MALIM: Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI), Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun mahu UPSI yang sudah melahirkan ramai graduan dalam bidang pendidikan terus mengekalkan kualiti di samping mengejar kuantiti. Baginda bertitah, kualiti penting supaya setiap setiap graduan yang dihasilkan UPSI benar-benar layak dan tidak diragui majikan. Titah baginda, sesebuah universiti menjadi hebat bukan kerana rupa bentuk bangunannya tetapi kerana keberkesanan dan keberhasilan modal insan yang mengajar, mentadbir, menggerak dan memimpin universiti itu.
Beta ingin menasihatkan bakal guru yang memiliki ijazah pertama supaya terus belajar walaupun sesudah bekerja. Jangan kita bersikap berpuas hati dengan ijazah pertama saja. "Beta berharap Fakulti Pascasiswazah UPSI dapat diperkembangkan dari segi kemudahan dan tenaga pengajar yang berpengalaman untuk menerima lebih ramai guru berijazah untuk mengikuti program sarjana dan PhD,” titah baginda ketika berucap pada Konvokesyen UPSI Ke-11 di sini, semalam. Sempena konvokesyen UPSI kali ini, 2,894 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Ijazah Sarjana Pendidikan (107), Ijazah Doktor Falsafah (empat).

Monday, August 10, 2009

PERGI AMBIK JUBAH YANG MENDEBARKAN

Hari ini aku pada awalnya bersemangat nak ke UPSI untuk mengambil jubah bagi majlis konvokesyen aku esok tetapi setelah berada dalam kereta aku semakin berdebar. Entah kenapalah hati ini berdebar sangat2. Setelah hampir dengan pintu pagar UPSI tu bertambah berdebar lagi hati aku. Apatah lagi nak memilih jubah dan membuat rehersel bagi menerima skrol esok. .. berdebar kerana excited? terharu? unsangkareble? entahlah... Dah usia separuh abad baru nak menerima ijazah. Suatu yang tak pernah aku bayangkan di suatu ketika dahulu..Tapi esok bakal menjadi kenyataan.

Tuesday, August 4, 2009

,,,tanya dato'

Pada pagi tadi ketika mencari-cari kedai ubat di bandar Rompin yang terkenal dengan bandar udang galah kerana seorang rakan kebetulan kehabisan bekalan ubatnya, tiba-tiba parking sebuah kereta kancil di sebelah kiri kereta kami, setelah isterinya keluar maka keluarlah seorang lelaki separuh abad terus ke belakang kereta dan bersalaman dengan kawan yang baru balik dari membeli ubat, saya berkata kepada kawan yang duduk dibahagian driver, hai abang naawi ramai betul saudaranya di sini.. lelaki tadi itu terus ke hadapan dan memberi salam bertanya kabar dalam hati saya hai .. itu kawan dia.. sambil bersalam tadi orang itu terpandang saya di belakang dan terus mengucap salam sambil bersalam dengan saya dan terpancar spontan dari mulutnya "..dato' minta duit sepuluh ringgit, tak makan lagi pagi ni dan naik motor je datang ni....'kawan yang duduk dibahagian driver Ustaz Nazrullah menoleh ke arah saya da bertanya...dato'?..boleh beri 10.00 ?... saya yang duduk dibelakang yang dari mula memerhatikan gelagat orang itu terus menjawab.... tak payahlah kita nak cepat ni nak mesyuarat..... orang itu membalas kata tak bagi takpelah. Kami pun terus berlalu dengan pelik memikirkan cerita spontan yang terjadi dan real.....

Sunday, August 2, 2009

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:
i.i Domain Diri
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien. Sebagai seorang guru yang cemerlang seharusnya memiliki domain diri yang positif kerana ianya dapat mewujudkan penampilan diri yang lebih yakin. Dengan ini pelajar akan menjadikan guru itu sebagai idolanya.
i.ii Domain Profesion
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
i.iii. Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.


Saturday, August 1, 2009

Kursus Khas untuk guru j-QAF.

Memandangkan bulan puasa dah hampir. Banyak pula program-program dari Unit Operasi Dakwah yang perlu dilaksanakan. Pada 27 /7/2009- 29/7/2009 Kursus Khas untuk guru-guru j-QAF telah diadakan di SERI MALAYSIA Kuantan. Pada 3/8/09-5/8/09 pula satu lagi kursus sepertinya akan diadakan di ROMPIN BEACH RESORT. Kemudian di Temerloh. Nampaknya semua kursus ini akan settle sebelum puasa. Apabila kita menyebut kursus, ia merupakan satu input baru ke arah peningkatan profesional seorang staf ( guru j-Qaf ) sepatutnya berlaku. Setiap kursus yang diadakan bukanlah semata-mata untuk menghabiskan budget yang disediakan oleh kerajaan tetapi kesan kepada tahap profesional itu yang diharapkan.
Sebagai seorang guru pendidikan Islam yang cemerlang perlulah memiliki standard Profesional yang tertentu sebagai penanda aras pencapaian mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bagi mencapai tahap tersebut seorang guru Pendidikan Islam yang mempunyai tahap professional tinggi mestilah mempunyai perkara berikut :

i. Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
ii. Pengetahuan dan Kefahaman
iii. Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
Untuk huraian pada perkara di atas akan dihuraikan pada posting akan datang...

Friday, July 24, 2009

ISRAK & MIKRAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj membawa banyak pengajaran khusus untuk umat Nabi Muhammad. Kesemua gambaran yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad mempunyai pengajaran dan perbandingan simbolik yang tersirat. Oleh sebab gambaran-gambaran begini seolah-olah tidak natural, maka ramailah manusia terutama yang lemah keimanannya kepada Allah, Rasul dan khabar ghaib sukar mempercayainya. Sebaliknya orang-orang yang beriman terus percaya tanpa soalselidik kerana mereka sedar kesemua itu adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah. Apa yang Allah kehendaki terus menjadi (kun fayakun); tiada siapa pun boleh menghalangnya. Kesemua kita milik Allah, masa milik Allah, tempat milik Allah, ruang milik Allah malahan apa yang terlintas di hati kita juga milik Allah. Hakikatnya kita tidak memiliki sesuatu. Saidina Abu Bakar apabila diberitahu tentang keganjilan yang berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj, serta merta berkata jika pengakuan itu datang dari Nabi Muhammad, dia 100% yakin dan percaya bukan setakat peristiwa Israk & Mikraj, malah lebih daripada itu pun dia akan yakin.
Krisis kepercayaan dan keimanan ini sudah wujud pada zaman Nabi lagi. Baginda sekembalinya dari mikraj turun ke Baitul Maqdis dan menaiki Buroq ke Mekah bersama Jibril. Sampai di Mekah, Buroq dan Jibril meninggalkan Nabi berseorangan. Baginda amat sedar bahawa jika diceritakan pengalaman itu kepada orangramai, nescaya ramai yang tidak mempercayainya. Betapa mereka hendak percaya sedangkan perjalanan unta dari Mekah ke Baitul Maqdis sahaja memakan masa berbulan-bulan tetapi Nabi boleh pergi dan balik dalam masa sehari semalam dan ditambah pula dengan naik ke langit hingga Sidratul Muntaha. Ketika itu waktu Subuh. Abu Jahal terserempak dengan Nabi. Nabi menceritakan perjalanannya dari Mekah ke Baitul Maqdis semalaman. Abu Jahal yang sememangnya mencari isu yang boleh menghakis kepercayaan orang kepada Nabi, terus mempersendakannya dan berlalu sambil menghebohkan kepada orangramai. Nabi Muhammad tidak perlu mengumpulkan orang sebab Abu Jahal sendiri sudah berusaha memanggil mereka untuk mendengar cerita 'karut' Nabi Muhammad.
Sekumpulan manusia dari Bani Qa'ab dan Luay berkumpul di sekeliling Nabi untuk mendengar peristiwa yang berlaku. Nabi menceritakan dari awal hingga akhir apa yang berlaku. Ada yang terpinga-pinga mendengarnya. Tetapi segolongan lain tetap yakin akan kebenaran Nabi. Beberapa orang berjumpa Saidina Abu Bakar dengan harapan Saidina Abu Bakar menyangkal apa yang berlaku. Tetapi dengan tegas Abu Bakar membenarkan segala kata-kata Nabi Muhammad.
Demikianlah sekiranya Allah hendak memberikan kebaikan kepada seseorang, diberikannya keimanan kepada Rasul. Sebaliknya jika Allah tidak menghendaki kebaikan pada seseorang, maka tetaplah dia dengan kekufuran dan tidak mempercayai pengalaman yang dilalui oleh Nabi Muhammad. Semoga kita semua termasuk dalam kategori manusia yang beriman dengan Allah dan RasulNya.

Wednesday, July 22, 2009

BOT YANG MENGHANTAR PEGAWAI SPI KARAM?



5 MINIT SELEPAS HANTAR PEGAWAI SPI

Aik... tidak abis-abis lagi ke angkat beg tu....

Bergambar kenangan di Jeti Kg Mukut.......

Rombongan pemantauan menikmati jamuan ringan di kedai....
Berbual-bual sambil menikmati sarapan pagi
KEJADIAN BOT KARAM INI BERLAKU SELANG 5 MINIT SELEPAS WARGA PENDIDIK SK MUKUT MENGHANTAR ROMBONGAN PEGAWAI-PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM JPN PAHANG MENAIKI BOT UNTUK BERLEPAS KE JUARA..
BOT INI KARAM SETELAH DI PUKUL OLEH GELOMBANG OMBAK SELATAN YANG MELANDA KAMPUNG MUKUT.. DALAM KEJADIAN INI KERUGIAN DIANGGARKAN BERNILAI RM 10,000 KERANA KEROSAKAN YANG TERUK PADA ENJIN SANGKUT BOT DAN BOT PECAH..
ALHAMDULILAH KEJADIAN INI TIDAK MERAGUT SEBARANG NYAWA....
maklumat lanjut boleh diperolehi dari orang pulau

Monday, July 20, 2009

INGATLAH WAKTU LAPANG SEBELUM DATANGNYA WAKTU SIBUK..

Bermula 14 Julai - 17 Julai sibuk dengan festival nasyid peringkat kebangsaan yang mana Pahang sebagai tuan rumah. Kekalutan dan kesibukan dirasakan oleh semua staf unit pendidikan Islam JPN pahang. Bagi memastikan kelancaran dan kelicinan program teamwork adalah perkara yang perlu ada. Disamping itu komunikasi yang berkesan sesama ahli. Setelah satu planning (perancangan) di buat dan aktiviti di organise (gerakkan) seterusnya ada yang mengetuai (leader) dan adanya pengawalan (control) . Biasanya dalam pengurusan perkara asas yang perlu ada ialah (P- O-L-C) P= for planning. O=Organise L= Leader dan C= Control.
Walau bagaimanapun alhamdulillah program berjalan dengan lancar.
Berbalik pula soal aku, selepas je program itu selesai aku kelam kabut pula menyediakan bahan-bahan yang perlu di siapkan untuk ke Kuala Trengganu bagi menghadiri kursus PTK. (18 Julai- 20 Julai). Di sini banyak kena present tentang diri, tugas2 yang di lakukan dan pencapaian yang telah dicapai dalam kerja aku secara individu dihadapan panel. Alhamdullah dah selesai dah.. cuma tak tahulah sejauhmana penilaian panel terhadap aku. Sekejap lagi mungkin jam 12.30 hari akan berakhir dan bolehlah balik ke kuantan ..

Thursday, July 9, 2009

Sibuk juga la...


Assalamualaikum... nampaknya dah lama aku tidak menulis diruang ini. Dek kerana kesibukan dan mungkin juga sebab buat-buat sibuk.
Pendek kata kedua-keduanya sekali. Pada minggu hadapan satu acara yang agak penting juga akan diadakan di Wisma Belia iaitu acara pertandingan nasyid peringkat kebangsaan. Pahang tuan rumah pada tahun ini. sedikit sebanyak sebagai kakitangan di Unit Operasi Dakwah menjadi tanggungjawab aku dan rakan-rakan aku di sini untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Bahang kesibukan itu sudah dirasai... Apa-apa pun doaku semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar.. Amin..

Tuesday, July 7, 2009

latihan nasyid punya hal lah..

Semalam saya stay je kat bentong.Memantau sekolah sekitar ini. Pada petangnya saya ke pusat latihan nasyid di jengka. Dalam perjalanan ke tempat latihan itu saya teserempak dengan satu kemalangan yang melibat 3 orang perempuan. Satu daripadanya wanita mengandung. Atas dasar kemanusiaan walaupun saya berkejar-kejar ke pusat latihan itu, saya tetap menolongnya hantar ke hospital. Selepas menghantar ke hospital saya meneruskan perjalanan ke tempat latihan. Apa yang lebih malang lagi bila sampai ke tempat yang dimaklumkan, tiada orang pulak. Rupa-rupanya tempat latihan dipindahkan ke SK Maran 2 pulak. Maka berkejarlah pulak aku ke sana..

Saturday, July 4, 2009

Hujung Minggu

Hari ini seperti biasa balik bentong bersama keluarga. Kemudian balik kampung tanah kelahiran aku LEBAK. Siapa tak kenal LEBAK? satu perkampungan didaerah temerloh. Kedamaian, kesunyian dan keaslian masih terasa diperkampungan ini. Kalau ada kelapangan maka di Lebak pasti dikunjungi oleh kami sekeluarga.. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU..

Tuesday, June 30, 2009

BULAN REJAB DATANG LAGI...

Kalau posting yang lepas asyik menulis pasal makan je.. terutama pasal raja buah tu.. mm durianlah. Tapi posting saya kali ini berkenaan bulan rejab pulak.

Kelebihan bulan Rejab
1 Kelebihan bulan Rejab atas segala bulan
As - Silafi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berabda :
Ertinya: Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya. (Hadith ini adalah Maudhu' )

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sanad Hadith thiqah , kecuali Hibatullah As- Saqathi, dialah yang menjadi penyakitnya Kata As-Sam'ani : Ia mendakwa mendengar hadith dari Syeikh - syeikh yang tidak pernah dilihatnya Kata Ibnu Nashir : Hibatullah bin Al-Mubarak Al-saqathi ini tidak thiqah dan nyata dustanya
(Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517 )

2 Kelebihan berpuasa di bulan Rejab

Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan .
Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah
Kata Yahya bin Ma'in : Al - Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.
Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk
Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524
Kelebihan Bulan Rejab

"Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia
keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
*Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
*Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
*Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
*Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
*Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
*Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
*Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
*Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. * Puasa Rejab 15 hari seperti puasa
seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Wallahuwaalam...

Saturday, June 27, 2009

Tempoyak oh tempoyak...


Kalau semalam aku bercerita mengenai durian. Hari ini aku bercerita pasal tempoyak pulak...
Tempoyak ini diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan di simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai tempoyak. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular dan mendapat sambutan dari dalam dan luar negeri.
Mengenai khasiatnya pulak,tempoyak didapati mempunyai kandungan bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh. atau API 50 CH.
Tentang kelebihan bakteria asid laktik tu saya tak berapa tahulah. Maklumat ini je yang saya dapat untuk kongsi bersama. Kalau ada kesempatan saya akan berkongsi tentang masak tempoyak pulak.

Friday, June 26, 2009

Durian, tempoyak dan aku...



Sekarang musim durian, sana sini berlonggok durian. Baunya, rupanya amat menarik minatku. Di Malaysia durian dipanggil raja buah. Bagi aku pulak durian ini amat sebati dalam hidup aku sebagai anak jati temerloh. Tak musim durian pun tempoyak tetap dalam simpanan. EMM masak tempoyak patin la. Sambal tempoyak cicah ulam la.. macam-macam masakan berasaskan tempoyak. Dulu muda-muda akulah pemakan durian. Kini? kini minat juga tapi... tapi apa yek? apalagi sakit la kawan-kawan. Makan banyak darah naik. Sekarang tengok durian berhati-hati takut termakan banyak. Pada kawan-kawan yang minat durian tu berhati-hatilah jangan terlebih makan durian pula. Buruk akibatnya. Itulah.. satu nikmat Allah yang telah ditarik balik oleh Allah. Ini sedikit maklumat tentang durian. Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur. Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.
Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.

Thursday, June 25, 2009

KESUNYIAN

Sendirian di sebuah rumah sewa. Berjauhan dengan keluarga. Itu adalah kehidupan aku sepanjang 2009. Setelah mendapat surat tawaran menempatkan aku di JPNP Ini. Tiada apa yang pelik cuma gaya hidup aku berubah. Satu pengalaman, sekurang-kurangnya bila aku pencen nanti aku memiliki banyak pengalaman dan kenangan. Terlalu banyak sebenarnya pengalaman dalam dunia pendidikan yang kutempuhi. Kini perkhidmatanku sudah hampir ke penghujungnya tapi aku masih positif dan optimis terhadap dunia pendidikan ini. Dalam usia mencecah 52 tahun ku cuba mengengam segulung ijazah. Biarpun ramai orang bertanya untuk apa ijazah itu? tapi ia adalah kepuasan bagi yang mengengamnya. Tahukah aku pada nilai sebuah ilmu. Ilmu satu harta yang aku miliki dan pengalaman satu anugerah yang diberi. Dengan sedikit ilmu dan pengalaman aku menerusi dunia kerjaya. Kerjaya yang sentiasa mengharap suatu yang dinamik dan flexsible.
Berbalik pada situasi aku, hari ini tinggal sendirian dirumah ini. Walaupun kami sewa bertiga tapi jarang dapat berkumpul sama. Masing-masing sibuk, ada meeting sana dan sini. Mereka pun seperti aku, berjauhan dengan keluarga tapi itu sudah menjadi kebiasaan buat kami. Kata orang ALAH BISA TEGAL BIASA... eMM akhirnya ku melelapkan mata jua. Hari baru kutempuhi lagi...

Saturday, June 20, 2009

Urat Jari Putus.

Ekoran dari kejadian ragut itu ada satu urat jari isteriku putus. Siapa yang harus dipersalahkan pun aku tak tahu. Pada hari kejadian, luka yang terkena parang ditangan isteriku di jahit sebanyak 5 jahitan. Selepas beberapa hari,proses pembaikan berlaku dan luka tangan isteriku hampir baik tiba-tiba isteriku mengadu,ibu jari tangannya tak boleh gerak seolah2 tak berfungsi. Dalam keadaan yang rasa pelik dan tidak puashati, ku membawa isteriku ke hospital bentong untuk chek. Doktor disitu dalam keadaan ragu-ragu mengatakan mungkin ada urat putus. Alah .. untuk mempastikan lagi keadaan sebenar aku telah membawa isteriku ke Klinik Private di bentong dan menjalani xray dan sebagainya. Maka memang sah ada satu urat yang menghubung ibu jari itu putus. Tanpa lengahkan masa aku membawa isteriku ke hospital temerloh. Di situ isteri aku di tahan di wad dan akan dijalankan pembedahan untuk menyambung balik urat yang putus itu. Demikianlah alkisahnya rumah siap pahat berbunyi.. tangan sembuh baru tahu urat putus. Maka masa yang sepatutnya aku bertugas di Pertandingan Nasyid di Jerantut tak dapat pergi.. Duduk hospital temerloh pembantu doktorlah nampaknya- sekian

Tuesday, June 16, 2009

ISTERIKU DIRAGUT..

Masyaallah.. harini sungguh malang dan satu pengalaman ngeri bagi isteri aku dan kami sekeluarga.Lebihkurang pukul 8.30 pagi dalam perjalanan ke tempat mesyuarat aku menerima panggilan dari anak perempuanku dalam keadaan menangis-nangis dan memberitahu bahawa emaknya di ragut oleh 2 orang lelaki yang berparang. Akibat pergelutan itu tangan isteriku tercedera dan menerima 5 jahitan. Pada kejadian itu ada jiran yang tengok tetapi tak dapat membantu kerana lelaki itu bersenjata. Sungguh malang,tragedis dan mengerikan. Selepas ini nampaknya kami perlu berjaga-jaga kerana mungkin peragut itu sudah lama memerhatikan kediaman kami dan menunggu je, sebab pada waktu itu isteri saya biasa keluar rumah untuk menjemur pakaian dan membersih kawasan luar rumah. Namun begitu syukur alhamdulillah isteri saya selamat.Itu yang paling penting bagi kami sekeluarga. Baiklah hari dah petang hari ni saya balik bentong la.. oo.. sekarang masih di JPNP lagi...sekian wassalam

Friday, June 12, 2009

Hikmah dan Keutamaan wuduk

Amalan wuduk akan dapat mempengaruhi individu. Dengan mengamalkan wuduk kita akan tampil bercahaya dihari akhirat. Pada hari kiamat nanti,umat nabi muhammad akan dibezaka dengan umat yang lain dengan cahaya yang terdapat pada anggota wuduk. Rasulullah bersabda: sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat nanti dalam keadaan dahi,kedua tangan dan kaki mereka bercahaya kerana bekas wuduk - hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim. Demikianlah antara kelebihan orang berwuduk dan tidak berwuduk di akhirat nanti.

Tuesday, May 5, 2009

Mesyuarat Penggubalan Modul Islam Dinii

Pada 11.05.2009 satu mesyuarat penggubalan modul Dini akan diadakan di dewan Ibnu Khaldun di JPN. Seramai 10 orang telah dipilih untuk menhadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ini akan bermula pada jam 9.oo pagi. Kepada ustaz dan ustazah yang telah dijemput diminta membawa laptop, kerana akan dibengkelkan terus. Terima kasih,

Monday, May 4, 2009

Dimensi of empowerment (Pengupayaan)

Bagi melaksanakan pengupayaan, Short dan Rinehart (1992) telah mengemukakan enam dimensi pengupayaan sebagai panduan iaitu membuat keputusan, perkembangan profesional, status, autonomi, efikasi diri dan impak. Dimensi ini diperjelaskan seperti berikut :

1. Dimensi membuat keputusan
Dimensi membuat keputusan merujuk kepada penglibatan guru-guru di dalam keputusan penting yang berkaitan dengan tugas mereka. Ini melibatkan pendapat di dalam membuat keputusan seperti pengurusan kewangan, perancangan kurikulum dan plan strategik, perancangan program-program panitia, keperluan dan pemilihan guru serta penyediaan jadual waktu. Dimensi ini menggalakan percambahan pemikiran melalui perbincangan, sumbangsaran dan kata sepakat dalam membuat keputusan yang diterima oleh semua pihak. Situasi ini juga menggalakkan situasi menang-menang. Pentadbir yang mengamalkan dimensi ini lebih bersikap demokratik dan disenangi oleh guru-guru dan kaki tangan sokongan. Pastinya ia membawa kepada pengurusan yang berkesan.

2. Dimensi status
Pemberian surat lantikan kepada guru-guru terpilih oleh pihak pentadbiran merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan secara profasional kepada guru terbabit. Secara tidak langsung ia turut mendapat pengiktirafan dari rakan sejawat. Penghormatan dan pengiktirafan secara profesional ini merujuk kepada dimensi status. Mereka merasakan diri mereka dihormati manakala pengetahuan dan kepakaran mereka pula dihargai. Guru perlu untuk merasa dihormati dan dihargai oleh mereka yang berada di dalam mahu pun di luar sekolah dalam melaksanakan tugas mereka. Pengiktirafan dan penghormatan menjadi motivasi kepada diri untuk lebih komitmen di dalam tugas.

3 Dimensi perkembangan profesional
Perkembangan profesional merujuk kepada peluang untuk meningkatkan pencapaian diri, mendapatkan latihan atau peluang belajar secara berterusan, meningkatkan kepakaran, kemahiran tertentu dan pengalaman yang disediakan oleh pihak sekolah. Guru perlu terus diberi peluang untuk membina kemahiran dan belajar berkaitan profesion mereka di dalam persekitaran pengupayaan. Pentadbir yang menyokong perkembangan profesional akan meningkatkan keberkesanan sekolah kerana ia boleh memperbaiki pengajaran, meningkatkan prestasi dan komitmen guru. Ini dapat dilihat melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit ataupun melalui unit perkembangan staf yang menganjurkan kursus-kursus dalaman mengikut keperluan semua guru dan staf yang ada.

4 Dimensi autonomi
Autonomi merujuk kepada pengamalan nilai-nilai kebebasan dalam budaya kerja seharian, termasuklah membuat sesuatu keputusan yang boleh mempengaruhi aspek-aspek tertentu seperti perancangan pengajaran, cara melaksanakan aktiviti pengajaran, jadual waktu dan sebagainya. Guru yang boleh mengawal kerja mereka dapat membuat keputusan yang tepat dan berani mengambil risiko. Antara hasil yang dapat dilihat dari dimensi ini adalah penghasilan inovasi dan kreativiti yang mengkagumkan dan sesuatu idea yang baru. Pengupayaan guru menjadi lebih berkesan apabila ia bertujuan meningkatkan profesionalisme dan bukan di anggap sebagai suatu kawalan bersifat birokatik.

5 Dimensi efeksi diri
Dimensi efikasi diri merujuk kepada kemahiran dan keupayaan seseorang guru untuk membantu pembelajaran pelajar, tekal dalam membina program-program yang berkesan dan memberi manfaat terhadap kepentingan pelajar-pelajar mereka. Guru perlu berkeyakinan dalam melaksanakan tugas mereka bagi melaksanakan perubahan yang berterusan serta berkesan.. Efikasi diri membantu membina guru menjadi individu yang lebih berpengetahuan, yakin pada kebolehan diri dan berkemahiran dalam mencapai matlamat organisasi dengan berkesan.

6 Dimensi impak
Dimensi impak merujuk kesan yang positif yang mempengaruhi budaya dan corak perjalanan sesebuah sekolah. Ia berdasarkan profesional guru itu sendiri. Mereka perlu merasakan bahawa komitmen mereka dihargai manakala kompetensi mereka senantiasa meningkat. Pengiktirafan kepada semua usaha-usaha mereka perlu diberi oleh pentadbir. Ia dapat dilakukan melalui pujian, hadiah dan anugerah seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Inovasi, Guru Paling Inovatif, Guru Paling Kelakar dan sebagainya. Ini akan meningkatkan motivasi diri dan rasa dihargai oleh pentadbir. Penghargaan juga perlu diberi kepada pencapaian cemerlang seseorang pelajar. Menghargai pencapaian pelajar secara tidak langsung turut menghargai usaha guru dalam meningkatkan pencapaian mereka.
SELAMAT BERTUGAS...

Wednesday, April 29, 2009

tips mengurus kerjaya...

¢Jika anda kecewa dengan peranan anda dalam organisasi, fikirkanlah mengenai kebolehan dan kerja anda. Adakah peranan anda yang lain boleh menyinari anda, jika ya ini yang anda perlu lakukan:
1. Beritahu kekecewaan anda kepada ketua
2.Jika dia bersetuju dengan cadangan yang baru yang boleh memberi keuntungan kepada anda
berdua dan juga organisasi, inilah peluang untuk anda
3.Lakukan apa sahaja untuk mempelajari jawatan baru terutamanya kebolehan untuk mencapai
kejayaan
4.Tawarkan diri anda untuk tugasan yang anda minati disesuatu kawasan. Ini akan
mendedahkan diri anda kepada orang-orang dikawasan tersebut dan mendapat peluang
untuk memahami isu tersebut dengan lebih mendalam.
Ambil semua peluang yang ada untuk belajar dari kesilapan melalui pembacaan, tunjuk ajar, mendengar pandangan orang lain dan mengambil kursus yang bersesuaian. Cari idea yang baru dan berkongsilah dengan orang ramai. Perkongsian idea menwujudkan suasana ceria dan percambahan pemikiran.

Saturday, April 4, 2009

Pertandingan Berzanji Dan Marhaban.

Assalamulaikum. Sudah 2 hari berada di Bera ni kerana terlibat dengan urusan pertandingan berzanji marhaban. Sudah menjadi tugas maka kenalah melakukannya dengan penuh accountablity dan resposiblity .. Pertandingan ini peringkat negeri. Penglibatan peserta boleh tahan mendapat sambutan. Semoga tahun hadapan lebih meriah lagi..

Tuesday, March 31, 2009

Mula Bekerja.

Hari ini seperti biasa, awal-awal pagi lagi aku dah bertolak dari rumah ke JPN. Hari ini agak sibuk.