Saturday, June 20, 2009

Urat Jari Putus.

Ekoran dari kejadian ragut itu ada satu urat jari isteriku putus. Siapa yang harus dipersalahkan pun aku tak tahu. Pada hari kejadian, luka yang terkena parang ditangan isteriku di jahit sebanyak 5 jahitan. Selepas beberapa hari,proses pembaikan berlaku dan luka tangan isteriku hampir baik tiba-tiba isteriku mengadu,ibu jari tangannya tak boleh gerak seolah2 tak berfungsi. Dalam keadaan yang rasa pelik dan tidak puashati, ku membawa isteriku ke hospital bentong untuk chek. Doktor disitu dalam keadaan ragu-ragu mengatakan mungkin ada urat putus. Alah .. untuk mempastikan lagi keadaan sebenar aku telah membawa isteriku ke Klinik Private di bentong dan menjalani xray dan sebagainya. Maka memang sah ada satu urat yang menghubung ibu jari itu putus. Tanpa lengahkan masa aku membawa isteriku ke hospital temerloh. Di situ isteri aku di tahan di wad dan akan dijalankan pembedahan untuk menyambung balik urat yang putus itu. Demikianlah alkisahnya rumah siap pahat berbunyi.. tangan sembuh baru tahu urat putus. Maka masa yang sepatutnya aku bertugas di Pertandingan Nasyid di Jerantut tak dapat pergi.. Duduk hospital temerloh pembantu doktorlah nampaknya- sekian

2 comments:

  1. Ujian Allah untuk mmantapkan keimanan seseorang, banyakkkan bersabar, sabar ada kategori :
    1. sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah.
    2. Sabar dalam menghadapi musibah dan bencana
    3. Sabar dalam menghadapi takdir allah.
    Sabarlah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sahabatku,ekoran kejadian itu luka tangan isteriku tidak pulih sebenarnya lagi, mushkil juga jahitan yang dilakukan tidak sempurna, semasa proses jahitan kulit luka dijahit berlapis / tertindan tidak dijahit dalam keadaan permukaan luka bertemu kemudian dijahit.Akibatnya luka tak baik dan kemungkinan akan terbuka semula luka (ternganga), ibu jari masih bengkak....

    ReplyDelete