Tuesday, June 16, 2009

ISTERIKU DIRAGUT..

Masyaallah.. harini sungguh malang dan satu pengalaman ngeri bagi isteri aku dan kami sekeluarga.Lebihkurang pukul 8.30 pagi dalam perjalanan ke tempat mesyuarat aku menerima panggilan dari anak perempuanku dalam keadaan menangis-nangis dan memberitahu bahawa emaknya di ragut oleh 2 orang lelaki yang berparang. Akibat pergelutan itu tangan isteriku tercedera dan menerima 5 jahitan. Pada kejadian itu ada jiran yang tengok tetapi tak dapat membantu kerana lelaki itu bersenjata. Sungguh malang,tragedis dan mengerikan. Selepas ini nampaknya kami perlu berjaga-jaga kerana mungkin peragut itu sudah lama memerhatikan kediaman kami dan menunggu je, sebab pada waktu itu isteri saya biasa keluar rumah untuk menjemur pakaian dan membersih kawasan luar rumah. Namun begitu syukur alhamdulillah isteri saya selamat.Itu yang paling penting bagi kami sekeluarga. Baiklah hari dah petang hari ni saya balik bentong la.. oo.. sekarang masih di JPNP lagi...sekian wassalam

1 comment:

  1. Assalamualaikum Ustaz,
    Tahniah blog anda ni.Sesuatu yang boleh dikongsi.Semoga anda terus menulis diblog ni,terutamanya tulisan dalam bidang keagamaan.

    ReplyDelete